Monday, July 9, 2007

Teknologi EM

Teknologi EM merupakan salah satu teknologi pertanian alternatif untuk meningkatkan produktiviti tanaman yang optimum dengan memanfaatkan bahan organik dan mikro organisma yang baik lagi berfaedah bagi pertumbuhan dan pengeluaran tanaman.
EM adalah gabungan mikro organisma yang dibiakkan melalui proses yang terhasil secara semulajadi.Kebanyakkannya digunakan atau dijumpai di dalam makanan.
EM terdiri daripada 3 unsur:
1. Bakteria Fotoropik
2. Bakteria Laktik
3. Yis/Ragi
Mikro organisma berfaedah ini membawa bahan yang bermanfaat seperti vitamin, asid organik, mineral dan antioksida apabila ia bersentuhan atau bercampur dengan bahan organik.
Sekarang, teknologi ini telah berkembang dan diamalkan oleh lebih 140 buah negara di seluruh dunia kepada pelbagai jenis tanah, tanaman, penternakan dan alam sekitar dengan hasil yang mengembirakan dan menakjubkan.