Pagi ni macam biasa minum di restoran mamak belakang Segi.
Tengah asyik minum sendirian tiba-tiba ditegur oleh Encik Yaziq yg kebetulan minum seorang di meja hadapan. Pada mulanya dia hanya nak ambil sudu garfu, kemudian baru menyapa -'ni razak kan?'
Oh ya, Encik Yaziq merupakan seorang pesara TM. Mengenali beliau di FB lebih kurang 4 tahun dulu kerana berkongsi minat yang sama dalam pertanian khususnya tanaman kurma.
Encik Yazid dah 4 tahun bersara dari TM. Sekarang berniaga kedai makan di hadapan rumah di Kg Sijangkang. Saudara 2 pupu beliau sebagai tukang masak manakala Encik Yazid tukang beli bahan basah di Pasaraya Segi.
Bagitau dia yang pokok kurma aku tinggal 1 sahaja yang hidup di Sg Besar. Penjual pun sudah tidak menjual benih kurma sebaliknya jadi pembekal benih kelapa SGG. Tidak pasti kenapa penjual tersebut beralih arah dan tidak pasti apa nasib kebun kurma di Sepintas tu. (rujuk gambar di bawah)
Moga benih kelapa SGG yang dijual berkualiti. Encik Yazid menyatakan kelapa SGG sepatutnya tidak bermasalah walaupun ditanam menggunakan benih generasi kedua (F2). Beliau ada pengalaman menanam kelapa F2 dan ia mengeluarkan hasil dalam jangka masa 3 tahun lepas ditanam. Cuma saiz batang pokok kelapanya agak besar.
Agak lama juga bersembang dengan Encik Yazid ni. Dia ada menyatakan setakat ni tahap kesihatan nya baik. Sebelum bersara dia ada membuat pemeriksaan menyeluruh di Prince Court Hospital yang dibiayai sepenuhnya oleh TM. Ini kerana sepanjang berkhidmat Encik Yazid tidak pernah dimasukkan ke hospital. Kebetulannya pula dokter yang membuat pemeriksaan adalah dokter yang sebelum ini bertugas di IJN dan mengenali Encik Yazid.
Setelah bersara, Encik Yazid mengambil polisi takaful keluarga yang baharu. Ini kerana TM sudah tidak lagi menanggung kos perubatan beliau sekiranya dia dan keluarga memerlukan rawatan perubatan. Proses 'sign-up' polisi baharu lebih mudah kerana Encik Yazid sudah membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh sebelum itu. Secara kasar Encik yazid membayar sekitar RM1,200 sebulan untuk takaful keluarga yang diambil. Okay lah tu, sebagai pesara TM rasanya wang bukan satu masalah. lagipun dia merupakan bekas pegawai kanan bukan sekadar pekerja teknikal biasa.
Kami berbual juga pasal sakit jantung dan kejadian yang pernah dialami oleh rakan-rakan dan saudara terdekat. Encik Yazid memaklumkan bahawa dia masih berselera untuk makan tidak seperti aku yang makan sedikit setiap kali tapi agak kerap. Selain dari itu dia nyatakan perlu minum banyak air kosong kerana kerap berpeluh dengan kuat selepas melakukan kerja-kerja fizikal. Rasanya itu normal kerana aku pun begitu jika buat kerja di kebun.
Menghampiri jam 9.20 pagi kami beredar dari kedai mamak kerana Encik Yazid perlu shoping barang meniaga manakala aku perlu masuk office. Kesimpulan nya agak gembira dapat bersembang dengan rakan tentang topik santai tanpa sebarang kekangan atau rasa tekanan. Moga Encik Yazid sekeluarga kekal sihat dan ceria selalu.