Pagi ini terima berita sedih, kehilangan seorang lagi rakan sekolah iaitu Mohd Rizal Mustaffa.
Kalau tak silap belajar dalam kelas yang sama ketika F4 & F5 di SUA. Seorang rakan yang baik. Beliau berhijrah ke Sabak Bernam kerana mengikut keluarga / abang yang mengajar di STARP (kalau tak silap).
Mereka tinggal menyewa di Taman Feri. Satu yang saya ingat pasal Rizal atau panggilan ketika di sekolah 'atai' adalah dia tahu aku minat nak jadi pilot. Dia pun punya cita-cita yang sama. Selepas keluar keputusan SPM, arwah Rizal menunjukkan aku kertan iklan akbar - pengambilan calon pegawai kadet TUDM/ Pilot. Rizal menyarankan agar kami memohon berbekalkan keputusan SPM yang kami perolehi.
Apabila namaku disenarai pendek untuk proses pemilihan, saya maklumkan pada Rizal. Malangnya dia tidak dapat menyertai pemilihan tersebut kerana ibunya menghalang. Aku hadir pemilihan yang diadakan di Kem Batu 10 Kuantan. Malangnya terpaksa balik awal kerana gagal dalam ujian pemilihan/Ujian bertulis.
Selepas dari itu kami tidak pernah berhubung. Aku meneruskan persekolahn tingkatan 6 di SMK Sg Besar dan kemudian berhenti untuk belajar di ITM Arau. Arwah Rizal dapat masuk Uitm belajar DIploma In Accountancy juga, cuma aku tak ingat di cawangan mana.
Ketika di UITM Arau, abang arwah Rizal juga turut belajar di sana dalam jurusan pre-Science. Melalui abangnya dapatlah sedikit info berkenaan Rizal.
Setelah tamat pengajian, aku dapat tahu Arwah Rizal dapat kerja dengan ERL sebagai pemandu Keretapi laju KL Central - KLIA. Tapi aku tak pasti jika arwah pernah bekerja di tempat lain sebelum itu. Rasanya ketika itu kami ada berhubung melalui telefon. Dia gembira kerana akhirnya cita-cita untuk menjadi pilot telah berjaya. Walaupun hanya pilot keretapi laju!
Selanjutkan mendengar khabar tentang perkahwinan arwah dengan rakan sekolah juga bernama 'Yen'. Malangnya ikatan perkahwinan tidak kekal lama walaupun setelah dikurniakan anak. Mereka membawa haluan masing2. Selepas itu tiada khabar berita tentang Rizal sehinggalah pagi ini Yen menyampaikan perkhabaran sedih melalui group wassap sekolah rendah...
Selamat jalan sahabatku..moga rohmu dicucuri rahmat Illahi, Al Fatihah (dibaca)

No comments:
Post a Comment