Sunday, October 26, 2025

Monday blues

 

Kenangan 2-3 tahun lepas hantar Aniq untuk ujian kemasukan ke MRSM Ulul Albab di MRSM Gemenceh, N9.

Pergi awal pagi dari Klang, singgah minum di Pekan Gemenceh sebelum hantar Aniq ke MRSM.

Ni Gambar Aniq makan tengahari selepas selesai ujian

Ini pula gambar sarapan di kedai dekat dengan pokok mangga.


Sementara Aniq menjawab ujian, sempat jalan-jalan ke pekan Gemas. Sambil tu jumpa kawan lama yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin Gemas.

bergambar kenangan dengan Tuan Jasmi. ajak makan dia tak mau sebab berpuasa katanya. Isteriku belanja dia kerepek pisang untuk berbuka puasa.

Panjang umur jumpa lagi.



 

No comments: