Thursday, November 6, 2025

Impian dalam kehidupan

 Sebagai manusia biasa kita pastinya ada impian untuk memiliki dan mencapai sesuatu perkara..

Salah satunya adalah impian untuk memiliki sesuatu benda. Mungkin sebab melihat orang lain memilikinya. 

Umumnya keinginan ini bagus kerana menjadi dorongan untuk rajin bekerja dan menyimpan duit untuk membeli apa yang diinginkan.


Motosikal memang menjadi kenderaan utama untuk pergi/balik kerja. Ini kerana ia mudah dikendalikan selain kos maintenance yang rendah. Jika ada rezeki lebih, motosikal impian ku adalah BMW GS310

ataupun HD Iron 883


Kalau dapat salah satu motorsikal ni memang tercapailah impian hidup ku ..hahahaha...bukan nak ride sangat pun. buat ada ada je orang kata..paling tidak boleh diwariskan pada anak-anak.

Untuk kategori kenderaan 4 roda pula, aku memang sudah lama mengimpikan untuk memiliki pickup truck. Kenderaan ini sesuai untuk membawa barang dan mengharungi off road. 

Mungkin aku banyak melihat siri TV 'The Fall Guy' masa kanak-kanak dulu. Ia terus menghantui aku lebih2 lagi bila sudah berumur dan aktif dengan sukan paramotor dan urusan pertanian di kebun.



Dapat pick up truk retro macam ni pun okay - asalkan enjin masih bagus dan boleh bawa barang.

Coretan ini sekadar tempat meluah impian yang belum kesampaian. Moga-moga ia jadi sebahagian doa dan perangsang untuk berusaha. Dan juga sebagai ingatan kepada diri sendiri. 

Apa yang ada pun Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Impian lain? tentulah nak upgrade set paramotor yang lebih besar ! (memang manusia tidak akan pernah puas dengan apa yg ada....)



Apa pula impian anda?



No comments: